November 1, 2010

R.E.P.O.R.T ! ! !

adoy!camne ni!ni dah pkul 10.45p.m..pkul 8p.m. tadi lagi dah amek pen,notebook & log book practical tu.konon nak wat daily report yg da 4 bulan x di tulis kt tempat sepatutnya.which means log book tu la.yela!sape suh wat buku besar2.malas nk bwak g ofis~so hri2 tulis lam notebook kecik je.so nak salin balik,jd hal!erppps!MALAS BTOL2 MALAS NI!!

tetibe!nampak ni! 

oleh itu,pegang jap,tgok cermin,snap la!
 


hee~ok!satu je dah ckup.da boley start wat report.off lappy la zty!! *baekkk~

banjir?oh yeah!

jitra dijangka akan banjir!ok,tu zty yg pmalas punya statement.bukan apa,disebabkan hujan ni,otak geliga aq ni btambah geliga la pulak!hehehehe~ *tanduk start tumbuh da,ngee!
[ujan lbat+nonstop+konon banjir+td kt ofis sume kalut=idea jahat zty]
idea jahat aq just esok nak ponteng keja je.haha.sumpa sangat malas na g ofis esok.so cam confirm je ni nak ponteng.hee~da la td kat ofis cam pe je lg.msuk pagi2 tu,da lost.xde keja.tekanan aq!

erps!tetibe lak kan,tringat sal mlam td.malam td ym ngan my clasmate.tanya dy nape one of our fren wat fb bru.pelik la kan.kalo deactivate tros acc xpe gak.ni tak.delete yg lama,wat bru.pastu pulak letak nama n info yang 100% tipu.rupanye!sebab nak avoid ex-bf.memang logik jgak la dy wat camtu.bayangkan la,ex-bf dy 2!cam gam***g!ada ke patot g post macam2 kt status fb tu.doa buruk2.mintak x bahagia sampai bila2 la.memang semua yang tak baik la.hish,tak payah la kot sampai macam tu.dulu masa elok2 tengah baik,macam2 benda baik cakap.janji sana,janji sini.macamtu,macamni.knapa bila da ada masalah,dah x ngam,nak cakap macam2 pulak.patotnya dy sendiri la yang kena fikir apa salah dy.kalo bukan salah dy pun,tak payah la sampai nak wish macamtu.nak bg semua orang nampak yang dy tu betol,konon dy mangsa keadaan.siap salahkan takdir lg tu.padahal,the truth.....hish!malas cakap.aq cakap camni aq knal dat gurl tu cne.bukan nak backing kwan,tp sebab aq knal sape kwan aq~
hmmm,kalo boleh,mintak di jauhkan sgt ngan orang yang macam tu~


*ok.tau kuar tajuk da.sukahti la!ngee~

October 31, 2010

Jangan Mencari Terlalu Sempurna - Dr Fadzilah Kamsar

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....